icon-search
icon-search

Program Affiliate Swiss Arabian Malaysia

Ayuh jana komisen dengan mempromosikan Swiss Arabian

kepada rakan-rakan anda.


Apakah manfaat anda mendaftar sebagai Affiliate? 

Komisen bagi setiap jualan yang anda bawa kepada kami.

Untuk setiap jualan yang berjaya anda bawa kepada kami, anda akan diberi ganjaran sebahagian peratusan daripada harga jualan sebagai komisen.  

Struktur komisen:

*Komisen anda akan berubah setelah anda mencapai beberapa sasaran yang ditetapkan oleh kami. Tiada tarikh luput.

  • 10% - 20 tukaran atau kurang.
  • 12% - lebih dari 20 tukaran.
  • 15% - lebih dari 50 tukaran.
  • 20% - lebih dari 100 tukaran.

Pautan unik Affiliate dan Kod Promo.

Anda akan menerima pautan unik yang anda boleh letakkan di mana sahaja untuk mempromosikan pautan anda, contohnya di blog, di siaran YouTube, media sosial, dan lain lain.

Anda juga akan menerima kod promo untuk dikongsi bersama para pengikut dan rakan rakan anda. Mereka boleh menggunakan kod promo tersebut sewaktu pembayaran untuk menerima diskaun sebanyak RM20 bagi setiap pembelian.

Jemputan khas untuk hadir ke acara ekslusif kami.

Swiss Arabian Malaysia akan menganjurkan acara ekslusif setiap suku tahun dan para Affliates yang aktif akan menerima jemputan khas untuk menghadiri acara tersebut. Anda berpeluang bertemu dengan selebriti terkenal dan juga memenangi hadiah misteri di acara ini.

Bagaimana ia berfungsi?

Step 1: Sila lengkapkan borang di atas untuk mendaftar.

Step 2: Terima pautan unik dan kod promo anda.

Step 3: Mula promosikan pautan unik anda dan kod promo anda kepada rakan rakan.

Step 4: Terima komisen atas setiap jualan yang anda bawa.

 



Soalan Lazim

Berapa jumlah pendapatan yang anda boleh jana melalui program Affiliate?

Tiada had untuk jumlah pendapatan anda. Anda akan terima komisen berdasarkan jumlah jualan yang anda bawa, semakin banyak jualan, semakin banyak komisen. Kadar komisen biasa adalah 10% tetapi akan meningkat setelah anda mencapai sasaran yang ditetapkan seperti yang dinyatakan diatas. Anda juga akan terima komisen melalui pembelian berulang juga, jika pelanggan menggunakan kod promo anda sewaktu proses pembayaran atau klik pada pautan unik dalam tempoh 180 hari. (Tanpa membersihkan Cookies) 

Bagaimana untuk mengeluarkan pendapatan anda?

Affiliate mestilah menggunakan emel yang telah berdaftar dengan kami untuk menghantar emel kepada hello@swissarabian.com.my memberitahu tentang pengeluaran. Proses pengeluaran akan mengambil masa selama 7 hari bekerja dari tarikh permohonan dibuat. Bayaran akan dibuat kepada akaun bank berdasarkan maklumat yang diberi pada waktu pendaftaran.

Adakah saya perlu menjadi pelanggan Swiss Arabian untuk menjadi Affiliate?

Anda tidak perlu menjadi pelanggan Swiss Arabian Malaysia untuk menyertai program Affiliate. Walaubagaimanapun kami percaya anda akan lebih mudah untuk mempromosikan pautan unik dan kod promo sekiranya anda menjadi pelanggan.

Bagaimana untuk menjejaki rujukan dan pendapatan anda?

Selepas mendaftar, anda akan menerima maklumat log masuk untuk ke akaun Affiliate anda. Di dalam akaun Affiliate anda boleh lihat senarai rujukan dan maklumat pendapatan anda. Anda juga boleh memantau penggunaan pautan unik dan kod promo anda didalam akaun tersebut.

Sebarang pertanyaan sila emel ke alamat hello@swissarabian.com.my

Your cart is currently empty.
Continue shopping